Wednesday 14 December 2011

Rumah Kos Rendah : Kerajaan Negeri Selangor

‘Kami dizalimi’
Oleh Mohamad Naufal Mohamad Idris
am@hmetro.com.my



KLANG: Kempunan tidak mendapat rumah kos rendah dibeli menyebabkan lapan pembeli mewakili 686 pembeli lain di Taman Harmoni, Balakong; Taman Intan, Cheras; Taman Selayang Mulia, Gombak dan Taman Botanic, Klang membuat laporan polis di sini, semalam, mendakwa ditipu lelaki mendakwa pegawai di pejabat Menteri Besar Selangor mengakibatkan kerugian RM1.5 juta.

Malah, seorang pembeli, Hasnah Hassan, 51, yang turut membuat laporan polis berkata, dia terpaksa menanggung malu apabila diminta individu terbabit mencari seberapa ramai pembeli rumah kos rendah itu.


Menurutnya, dia langsung tidak menyangka selepas mencari lebih 20 pembeli di kalangan orang kurang berkemampuan sepertinya dengan harapan menduduki rumah sendiri.

“Tolonglah kami, kami bukan orang senang. Bebanan saya kini bertambah apabila terpaksa menanggung malu berjumpa pembeli lain apabila lelaki itu meminta mencari seberapa ramai pembeli rumah kos rendah berkenaan.


“Saya mencari lebih 20 orang pembeli dan mereka ingin mendapatkan rumah kos rendah ini. Tak sepatutnya kami dizalimi sebegini,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, di sini.


Hasnah berharap kerajaan negeri prihatin dengan membantu mereka menyelesaikan masalah ini dengan segera.

Sementara itu, Pengerusi Bertindak yang dilantik pembeli, Mohd Durrany Izam berkata, lelaki itu menawarkan rumah kos rendah RM42,000 di bawah skim kerajaan negeri.

No comments:

Post a Comment