Wednesday 4 January 2012

Sufiah Yusof jadi pelacur ???




Isu Safiah Yusof (23), seorang pelajar pintar mathematik  dengan tiba-tiba meletup dan menggemparkan apabila namanya tersebar dengan meluas dalam internet dan media massa seluruh dunia.

Dia dikatakan menukar haluan hidup menjadi pelacur murahan dengan menawar dirinya menerusi laman webnya  dengan menggelar dirinya Shilpa Lee. Bayaran yang dikenakan ke atas pelanggan ialah 130 pound sejam.

Ramai yang terkejut mendengar berita tersebut kerana Sufiah adalah seorang pelajar pintar yang diterima masuk ke Kolej St. Hilda, Universiti Oxford ketika baru berusia 13 tahun dan dia dikatakan berpegang kepada ajaran agama tanpa meninggal solat.

Tak kurang juga mereka yang simpati kerana tanpa diduga dia terjerumus ke lembah maksiat yang begitu rupa.

Berbagai andaian dibuat oleh berbagai pihak tentang diri Sufian yang tiba-tiba terjebak dengan amalan yang memalukan itu,  sedangkan  kepintaran akal intelektual yang ada padanya adalah suatu anugerah Tuhan yang memungkinkan dia berjaya dalam hidupnya.

Ada yang mengaitkan dirinya dengan suasana persekitaran yang menyebabkan dia terdedah kepada amalan yang tidak bermaruah itu  dan ada juga yang menyalahkan bapanya kerana dikatakan terlalu mengongkong dirinya semasa usia masih mentah bagi menjayakan formula pembelajaran pintar yang dibangunkannya.

Ada juga yang membuat telahan bahawa Sufiah mungkin mengalami masalah psikiatri mania yang menyebabkan nafsu seksnya terlalu tinggi sehingga mendorong dirinya terjerumus ke lembah pelacuran.

MASALAH YANG DIALAMI SUFIAH

Sufiah mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihannya yang menuntut di universiti yang sama ketika berusia 19 tahun, sementara pasangannya Jonathan Abraheem Marshall berusia 24 tahun.  Namun jodohnya tidak panjang dan mereka bercerai pada tahun 2005 iaitu setelah dua tahun berkahwin. Perceraian berlaku ketika Marshall berkhidmat dengan sebuah firma guaman terkenal yang berpejabat di Singapura. Punca perceraian ialah kerana berlainan haluan hidup.

Kebetulan pula rumah tangga orang tuanya kini berada dalam keadaan terumbang ambing setelah bapanya disabitkan oleh  mahkamah dengan hukuman penjara atas kesalahan mencabul dua orang murid tuisyennya yang  berusia 15 tahun. Kes ini masih lagi baru dan ibunya Halimathon (51) yang berasal dari Johor dikatakan sedang dalam proses menuntut cerai dari suaminya Yusof Farooq yang berasal dari Pakistan.

KESAN KE ATAS DIRI SUFIAH

Liku-liku kehidupan yang dialami Sufiah boleh menyebabkan dirinya dirundum kekecewaan yang berat, lebih-lebih lagi matalamat di bidang pengajian menemui kegagalan menurut sebagaimana yang dinyatakan oleh bekas suaminya yang kini berkhidmat di Arab Saudi.

Mungkin jalan yang diambilnya sekarang adalah laluan terakhir bagi manamatkan kebuntuan hidup yang dilalui setelah berpisah dengan suaminya.

Kemungkinan juga perubahan yang berlaku itu ada kaitan dengan peristiwa lari dari Oxford pada tahun 2000 dengan alasan tidak tahan dengan kongkongan bapanya selama 15 tahun. Dengan siapa dia tinggal semasa meninggalkan Oxford dan siapa yang bertanggungjawab menghasut supaya dia meninggalkan pengajian (sedangkan dia seorang pelajar pintar dan cerdik) patut dibuat kajian.

 Kemungkinan apa yang dialami sekarang  berpunca dari peristiwa tersebut. Kemungkinan  musuh yang mencemburui kepintaran Sufiah berjaya menyuntik racun ke dalam fikirannya dengan niat untuk menggagalkan kehidupannya.

Hal ini tidak mustahil berlaku kepada umat Islam, lebih-lebih lagi bapanya pernah mendakwa bahawa kejayaan anaknya itu adalah hasil dari kejayaan sistem pembelajaran intensif yang dibangunkannya bernama ‘hothousing’. 

PERANAN INSTITUSI ISLAM

Kita menyambut baik usaha untuk menyelamatkan Sufiah. Jika ianya berpunca dari masalah psikologi dan mental, maka pakar-pakar di bidang berkenaan harus tampil memberi perkhidmatan terbaik kepadanya. Jika ianya berpunca dari masalah kewangan, institusi zakat wajiblah menghulur bantuan dengan segera dari dana zakat untuk mengatasi masalah yang dialami oleh Sufiah dan sekaligus menyelamatkan imejnya sebagai orang Islam.

Malaysia wajar mempelopori usaha yang murni itu demi menebus maruah umat Islam yang kini menjadi bahan berita terhangat (hot news)  di peringkat global.

Seeloknya usaha tersebut bukan sahaja tertumpu kepada diri Sufiah sahaja, bahkan juga merangkumi keluarganya yang mungkin berada dalam keadaan terdesak ekoran hukuman penjara yang dikenakan ke atas Yusof Farooq.

No comments:

Post a Comment